Monday 8 September 2014

UPDATE 09.09.2014

As salam & good day frens,


Dah lama saya tak update blog ni. Saya tau ramai yang tertanya-tanya status rumah kita sekarang.

Ok, apa yang dapat saya bagitau di sini, sebelum Arkitek dapat buat permohonan CF, "surat sokongan atau tiada halangan" perlu diperolehi dari beberapa Jabatan. 

Setakat hari ini, surat sokongan yang telah dikeluarkan adalah seperti berikut :

1) Bomba - sudah
2) TNB - sudah
3) DOSH - sudah
4) SYABAS - sudah
5) IWk - sudah
6) Jab Lanskap MPS - sudah
7) Jab Kesihatan MPS - sudah
8) Jab Perancang MPS - sudah
9) Jab Kejuruteraan - dlm proses keluarkan surat sokongan
10) Jab Bangunan - sudah
11) Comm of Building (COB) - belum

Item 11 masih pending sebab ada bayaran penyelenggaraan yang Nilai Idaman perlu jelaskan pada COB. Buat masa sekarang Liquidators tak dapat bayar sebab Nilai Idaman tiada dana.

KPKT sudah maklum dan ada 2 pilihan untuk selesaikan perkara nie :
1) KPKT atau pihak lain perlu jelaskan bayaran penyelenggaraan tersebut

2) KPKT arahkan MPS untuk waive syarat bayaran tersebut sebab Liquidators dapat kelulusan penuh mahkamah untuk ketepikan penyelenggaraan since projek ni adalah projek pemulihan tanpa melibatkan pemaju terdahulu.

Sehingga perbincangan tentang dua pilihan ini selesai, baru lah pihak Arkitek akan dimaklumkan untuk memajukan permohonan CF.

Segala kerja-kerja yang melibatkan kontraktor sudah selesai.

Marilah kita doakan segalanya berjalan lancar dan kunci dapat diberi sebelum penghujung tahun ini.

Sekian terima kasih.

Zita


Friday 20 June 2014

UPDATE @ 21.6.2014

As salam & Good Day Friends...Happy Saturday!

Update terbaru dari kontraktor adalah seperti berikut :

1) MPS - semua jabatan sudah membuat pemeriksaan & sokongan utk CF sudahpun dikeluarkan kecuali daripada jabatan2 yang berikut :
- Jabatan perancang bandar - kontraktor perlu pasang papan tanda perumahan
- Jabatan bangunan - kontraktor perlu buat laluan & parking khas untuk warga OKU
- Jabatan kejuruteraan - kontraktor perlu kemuka pelan pindaan baru & tabah cat arrow traffic flow pada jalan 

2) IWK - Amaun bayaran sudah diterima & kontraktor sedang menyiapkan bayaran.

3) Syabas - SPAN sudah memberi kebenaran utk kekalkan paip yg sedia ada tetapi pihak Syabas HQ masih belum memberi surat kebenaran kepada Syabas cawangan Hulu Selangor. Kontraktor masih menunggu surat tersebut.

Bergantung kepada pihak PBT terbabit, barulah CF dapat dikeluarkan.

Till next update... :-)

Tuesday 27 May 2014

NEW UPDATE @ 28.5.2014

As salam & Gud Day to all,


Here's a new update for your reading pleasure and to take note.

Mungkin ada antara anda semua sudah mendapat surat pekeliling dari Liquidator berkenaan permohonan hak milik strata (strata title). Untuk makluman, proses permohonan hak milik strata sehingga pindahmilik hartanah melibatkan proses2 berikut :

1. Pecahan sempadan tanah antara projek dan tanah lapang bersebelahan dengan projek tersebut
2. Penarik balikan kaveat yang didaftarkan oleh peminjam/ pembeli
3. Permohonan hakmilik strata
4. Permohonan kebenaran pindahmilik daripada pihak berkuasa tempatan
5. Pindahmilik hartanah kepada pembeli

Proses ini dijangka mengambil masa antara 6 bulan - 12 bulan sebelum hakmilik dapat dipindahkan kepada pembeli. Pihak perancang bandar telah menghantar pelan tapak kepada MPS untuk pecahan sempadan & sedang menunggu kelulusan.


Sehubungan dengan itu, semua pembeli perlu membayar kos untuk proses2 tersebut sebanyak RM3,000 bagi setiap unit rumah. Bayaran boleh dibuat dalam bentuk cek atas nama "Nilai Idaman Sdn Bhd (In Liquidation)". Kos ini tidak termasuk proses no. 5 seperti yang tersebut di atas dan juga legal fees kerana kos tambahan ini bagi setiap unit adalah berbeza. Bayaran sebanyak RM3,000 ini perlu dijelaskan sebelum pihak Liquidator dapat menyerahkan kunci kepada anda.

Berkenaan isu dengan Syabas, pihak SPAN telah memberi surat sokongan kepada Syabas dan pihak Syabas dalam proses mengadakan mesyuarat dalaman untuk membincangkan tindakan selanjutnya. Sekiranya tiada halangan lain, penyerahan kunci dijangka akan dilaksanakan samada pertengahan atau hujung bulan June ini. In Sha Allah.

Bersama ini saya sertakan surat pekeliling tersebut untuk makluman anda. Sekiranya anda telah bertukar alamat atau no telefon, sila maklumkan kepada saya untuk rekod.

Sekian terima kasih. 

Thursday 15 May 2014

NEW UPDATE @ 15.5.2014

Hai there!...I'm back!!

Sorry...lama tak update blog nie...miss you all...Sure ramai yg nak tau status projek sekarang kan?

Okeyyy....pagi tadi I saya attend meeting di KPKT bersama PBT lain. Status nya adalah seperti berikut :



boleh baca tak? ok...klu tak nmpk, sy akan taip ringkasannya di sini :

1) MPS - Sebelum ni jab2 lain di bawah MPS spt Kejuruteraan, Perancang Bandar, Taman & Rekreasi, Perkhidmatan Bandar & Persekitaran tidak dapat memproses sebarang permohonan kerana cukai taksiran tertunggak berjumlah RM1.4m belum dijelaskan. Pagi tadi MPS telah mengesahkan penerimaan cukai tersebut dan akan mengeluarkan surat kelulusan penuh selewat2nya hari Isnin depan. Pemeriksaan CF akan dibuat selepas setiap bahagian dan agensi memberi surat sokongan, pelepasan atau kelulusan. Sekiranya ada bahagian yang tidak memberi kelulusan, MPS hanya akan mengeluarkan CF sementara (temporary). Dalam masa 6 bulan, bahagian tersebut perlu mematuhi syarat bagi mendapatkan CF kekal. bergantung kepada kelulusan YDP, MPS akan cuba mempercepatkan proses pengeluaran CF - mungkin hanya seminggu.

2) JKKP (dosh) - ini adalah bahagian lif - Sijil PMA telah dikeluarkan

3) Jab Bomba - lulus. Telah dapat sokongan utk CF

4) TNB - Lulus. Telah dapat sokongan utk CF

5) Syabas/ SPAN - SYABAS meminta rayuan dibuat utk pengecualian penukaran ABS meter pada meter individu yg kini menggunakan jenis stainless steel. Rayuan telah dikemukakan pd 11/4 dan dipanjangkan ke SPAN. lawatan tapak telah diadakan pada 11/5. SPAN bersetuju mengeluarkan 1 surat sokongan supaya kelonggaran syarat bg projek ini dengan surat sokongan dari KPKT. KPKT akan keluarkan surat sokongan petang ini. SPAN akan keluarkan surat sokongan kelulusan dalam minggu depan. Procedure seterusnya SYABAS perlu melakukan proses tapping & flushing utk basmi kuman dan ini mengambil masa lbh kurang 2 minggu.

6) Indah Water - Lawatan ke tapak projek telah dibuat pada 23/4. kontraktor ingin membuat pembayaran contribution tetapi dimaklumkan perlu menunggu surat dari IWK bagi pengesahan amaun. KPKT akan buat follow up dengan IWK. 

Sekiranya tiada apa2 masalah kelewatan, In sha Allah sebelum Julai, CF akan dikeluarkan & kunci akan diserahkan kepada pembeli.

Sama2 lah kita berdoa, semua pihak akan bekerjasama dalam memastikan kelancaran projek dan usaha ini akan membuahkan hasil.

Terima kasih semua kerana sudi baca blog ini... :-) have a nice day!

Jazakallah hu khaira. 


Zeta.