Wednesday 25 March 2015

MINIT MESYUARAT bertarikh 15 MAC 2015


Assalam & Good Day Frens,

Saya baru terima minit mesyuarat yang lepas dari pihak Liquidator semalam. Bersama2 ini saya kepilkan untuk informasi semua.



Minutes - Page 1


Minutes - Page 2


Minutes - Page 3


Minutes - Page 4


Minutes - Page 5


Minutes - Page 6

Sebarang kemusykilan, anda boleh berhubung terus dengan pihak liquidator atau melalui saya.

Terima kasih atas sokongan yang tidak putus2 dari anda.

Sekian.

Image result for hak pengguna






Wednesday 18 March 2015

UPDATE @ 17/3/2015 - GOOD NEWS FOR ALL BUYERS

Assalam & Good day Everybody

Update dari meeting bersama Liquidator pada 15/3/2015

Kos bagi apartment (bukan penthouse) yang dikenakan oleh Liquidator sebelum mana-mana pembeli mengambil kunci rumah adalah seperti berikut;

1) STRATA TITLE

Kos asal yang dikenakan adalah sebanyak RM3000 bagi setiap pembeli (details seperti di bawah) :


Berdasarkan aduan pembeli, Liquidator mengambil langkah menurunkan kos dari RM3000 kepada RM2000 bagi setiap pembeli selepas menyelesaikan QUIT RENT & ASSESSMENT masing2 berjumlah RM14,790.20 dan RM281,018.35 (sila rujuk keratan surat di bawah).




2) MAINTENANCE


Mengikut terma awal yang dikeluarkan oleh liquidator pada 26/11/2015, pembeli perlu membayar maintenance fee sebanyak RM2,309.80. Selepas mempertimbangkan permintaan pembeli yang merasakan jumlah tersebut adalah sangat tinggi, liquidator bersetuju mengurangkan kutipan maintenance & service charges dari 12 bulan ke 6 bulan sahaja.

Jumlah terbaru yang perlu dibayar oleh pembeli apartment rata2nya berjumlah RM3,700++ bergantung kepada keluasan unit masing2 dan deposit utiliti (elektrik & air) - jika masih belum dijelaskan.

Pembeli juga diberi kelonggaran untuk menjelaskan bayaran ini secara ansuran/ berperingkat-peringkat bermula March 2015 sehingga May 2015 (sehingga JMB ditubuhkan). Tetapi kunci hanya akan diserahkan selepas semua pembayaran dijelaskan.

Satu surat kepada semua pembeli akan dikeluarkan oleh liquidator tentang jumlah bayaran terbaru yang perlu dibuat.

Dalam masa yang sama, saya memohon kerjasama pihak KPKT untuk mengadakan mesyuarat bersama pihak bank bagi membantu para pembeli yang menghadapi masalah dengan pihak bank menjelaskan bayaran bulanan & interest yang dikenakan sebelum ini.

Sekian update saya untuk kali ini. Terima kasih kepada semua pembeli yang sungguh bersabar dan semoga ukhwah & persahabatan yang terjalin antara kita akan berpanjangan.

Aamiin.

We are all like one BIGGGG family... :-)



Thank you all...!