Tuesday 26 November 2013

LATEST UPDATE @ 26/11/2013

As salam & Good Day EveryOne!!

The KPKT and the respective parties involved in the project had their meeting this morning. Unfortunately, I could not make it (bz lohh....its end of the year). No rep from the buyers side this morning.

However, I managed to speak to the liquidator and asked her about the status. Currently, the KPKT is monitoring the project quite closely. Most of the works at the site has been completed. Its just a matter of getting the documentation for the authorities to come for the inspection. They are taking this matter seriously and hopefully it will be completed as scheduled. Let's pray for it...!  :-)

They will sit down again sometime next week to get the updated status. I will share the minutes of meeting once I got it from them.

Thanks.

Zeta.

Wednesday 11 September 2013

MEETING TOMORROW...LET'S COME TOGETHER!!

DATE : 12/9/2013

TIME : 10.30 A.M

VENUE : DANAU SUTERA APARTMENT - SITE PROJECT

Sunday 25 August 2013

MEETING ON 27/8/2013 POSTPONED

AS SALAM AND GOOD DAY FRIENDS...

PLEASE NOTE THAT THE MEETING WHICH IS SCHEDULED ON 27TH AUGUST 2013 HAS BEEN POSTPONED TO 12TH SEPTEMBER 2013 @ 10.30 A.M. VENUE WILL BE AT THE SITE PROJECT.

KINDLY TAKE NOTE.

Wednesday 14 August 2013

New Update @ 13/8/2013

As salam & Good day friends,

Belum terlambat rasanya untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan2 yang beragama Islam. Di kesempatan ini, saya juga ingin memohon ampun & maaf sekiranya ada kesilapan dan keterlanjuran dari pihak saya samada yang disengajakan atau tidak....sesungguhnya kita adalah manusia biasa...yang tidak terlepas dari melakukan kekhilafan. Maaf zahir & batin... :-)

Untuk makluman tuan2 & puan2 sekalian, satu mesyuarat bersama Kementerian Perumahan & pihak bank akan diadakan pada 27/8/2013 (Selasa), jam 10.30 pagi di tapak projek perumahan. 

Objektif utama mesyuarat ini adalah untuk membincangkan status projek ini yang mana tinggal lebih kurang 2 bulan sahaja lagi untuk disiapkan. Saya amat berharap anda semua dapat meluangkan masa menghadiri mesyuarat yang julung2 kali diadakan ini untuk manfaat kita bersama. Anda semua boleh berbincang terus sebarang masalah yang dihadapi dengan pihak bank yang akan hadir bersama di mesyuarat tersebut. Inilah masanya...untuk kita semua menerangkan masalah kewangan kita dan seterusnya memohon pertimbangan sewajarnya dari pihak2 berkenaan khususnya pihak bank.

Saya juga faham masalah anda semua memandangkan mesyuarat tersebut diadakan pada hari bekerja dan sudah memklumkan kepada pihak KPKT. Namun, sekiranya diadakan pada hari cuti hujung minggu, sabtu atau ahad, pihak bank tidak dapat turut serta kerana di luar waktu  bekerja mereka. Oleh sebab itu, saya memaklumkan perkara ini lebih awal supaya anda semua dapat mengambil cuti pada hari tersebut.

Saya ingin menggesa dan menekankan kepentingan mesyuarat ini kepada kita semua supaya semua masalah dapat diselesaikan seberapa segera dan kunci dapat diserahkan tepat pada masanya.

Tolong sampaikan juga perkara ini kepada rakan2 yang anda kenali.


Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan saya di 019-2220667.

Sekian terima kasih.

Wednesday 12 June 2013

New Update @ 13/6/2013

Salam and good morning frens...

Semalam telah diadakan satu mesyuarat di KPKT bersama2 dengan Liquidator ie. Ferrier Houdgson dan juga wakil2 dari MPS, Syabas, Bomba, TNB, IWK, Land Owner. Saya, Syaiful & Mr Kong mewakili pembeli2 apt.

Antara maklumat yg boleh saya kongsikan di sini adalah seperti berikut :-

1) Kontraktor yang baru dilantik - Mywa Synergy Sdn Bhd
2) Tarikh Milik Tapak - 29/4/2013
3) Tarikh Akhir Kontrak - 28/10/2013 (dengan CFO)
4) Tempoh kontrak - 6 bulan
5) Nilai Kontrak - RM1,005,702.48
6) Pihak kontraktor membentangkan jadual aktiviti yang sedang berjalan di tapak projek sekarang. Setakat hari ini 16% kerja2 sudah disiapkan bermula 1 May yang lalu. Seramai 14 orang pekerja bekerja di site dan akan ditambah lagi mengikut kesesuaian semasa.
7) Antara kerja2 tersebut adalah membabitkan penggantian kabel2 yang telah hilang dicuri, pemasangan bumbung dan kerja2 pembersihan di tapak projek.
8) Semua tiles dan tandas2 yang pecah akan diganti baru seperti yg terdapat di dalam spesifikasi S&P
9) Pihak kontraktor baru selesai melantik konsultan dan akan memulakan rundingan dengan MPS, Syabas dan pihak2 lain yang terlibat.
10) Kebanyakan isu2 sudah diselesaikan cuma isu yang melibatkan cukai taksiran, dan pemasangan meter yang terbalik di setiap rumah masih belum dapat diputuskan sehingga mesyuarat bersama MPS dan Syabas diadakan.

Akhir sekali saya ingin mengingatkan para pembeli semua supaya mengemaskini maklumat peribadi seperti alamat rumah dan juga contact no supaya senang dihubungi.  Maklumat ini sangat penting utk kegunaan pihak Liquidator menganggarkan kos2 yang terlibat dalam projek ini bersama pihak bank. Saya harap mendapat kerjasaama dari semua. Saya dah kepilkan borang2 yang perlu diisi di keluaran lepas. Boleh email saya di zetahalim@yahoo.com atau call no 019-2220667.

Sekian terima kasih.


   


Thursday 2 May 2013

Minutes of Meeting 16.4.2013





Tuesday 23 April 2013

Update...

As Salam semua...& Good Day Frens...

Sorry sebab dah lama x update blog ni...sgt2 bz... :-)

Ok...Juz nk refresh everybody...semua dokumen yg saya mintak anda semua sign tempohari sudah pun dimasukkan ke dalam dokumen mahkamah. Perbicaraan pun sudah dijalankan pada 27/3/2013 dan mahkamah pun sudah memutuskan dan mengisytiharkan Nilai Idaman BANKRAP dengan rasminya.

So, seterusnya, proses tender pun telah dilaksanakan dan KPKT telah melantik kontraktor baru untuk meneruskan projek tersebut. Surat perlantikan pun sudah diserahkan kepada kontraktor baru pada 16/4/2013 yg lalu. Kontraktor baru akan memulakan kerja2 di site dalam awal Mei ini.

Saya difahamkan proses seterusnya akan mengambil masa lebih kurang 6 bulan untuk kerja2 menyiapkan termasuk mendapatkan CF daripada MPS.Saya mohon kesabaran anda semua. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar kali ini.

Sekian update saya untuk kali ini...

Semoga bertemu lagi di lain masa.