Sunday 25 August 2013

MEETING ON 27/8/2013 POSTPONED

AS SALAM AND GOOD DAY FRIENDS...

PLEASE NOTE THAT THE MEETING WHICH IS SCHEDULED ON 27TH AUGUST 2013 HAS BEEN POSTPONED TO 12TH SEPTEMBER 2013 @ 10.30 A.M. VENUE WILL BE AT THE SITE PROJECT.

KINDLY TAKE NOTE.

Wednesday 14 August 2013

New Update @ 13/8/2013

As salam & Good day friends,

Belum terlambat rasanya untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan2 yang beragama Islam. Di kesempatan ini, saya juga ingin memohon ampun & maaf sekiranya ada kesilapan dan keterlanjuran dari pihak saya samada yang disengajakan atau tidak....sesungguhnya kita adalah manusia biasa...yang tidak terlepas dari melakukan kekhilafan. Maaf zahir & batin... :-)

Untuk makluman tuan2 & puan2 sekalian, satu mesyuarat bersama Kementerian Perumahan & pihak bank akan diadakan pada 27/8/2013 (Selasa), jam 10.30 pagi di tapak projek perumahan. 

Objektif utama mesyuarat ini adalah untuk membincangkan status projek ini yang mana tinggal lebih kurang 2 bulan sahaja lagi untuk disiapkan. Saya amat berharap anda semua dapat meluangkan masa menghadiri mesyuarat yang julung2 kali diadakan ini untuk manfaat kita bersama. Anda semua boleh berbincang terus sebarang masalah yang dihadapi dengan pihak bank yang akan hadir bersama di mesyuarat tersebut. Inilah masanya...untuk kita semua menerangkan masalah kewangan kita dan seterusnya memohon pertimbangan sewajarnya dari pihak2 berkenaan khususnya pihak bank.

Saya juga faham masalah anda semua memandangkan mesyuarat tersebut diadakan pada hari bekerja dan sudah memklumkan kepada pihak KPKT. Namun, sekiranya diadakan pada hari cuti hujung minggu, sabtu atau ahad, pihak bank tidak dapat turut serta kerana di luar waktu  bekerja mereka. Oleh sebab itu, saya memaklumkan perkara ini lebih awal supaya anda semua dapat mengambil cuti pada hari tersebut.

Saya ingin menggesa dan menekankan kepentingan mesyuarat ini kepada kita semua supaya semua masalah dapat diselesaikan seberapa segera dan kunci dapat diserahkan tepat pada masanya.

Tolong sampaikan juga perkara ini kepada rakan2 yang anda kenali.


Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan saya di 019-2220667.

Sekian terima kasih.