Wednesday 12 June 2013

New Update @ 13/6/2013

Salam and good morning frens...

Semalam telah diadakan satu mesyuarat di KPKT bersama2 dengan Liquidator ie. Ferrier Houdgson dan juga wakil2 dari MPS, Syabas, Bomba, TNB, IWK, Land Owner. Saya, Syaiful & Mr Kong mewakili pembeli2 apt.

Antara maklumat yg boleh saya kongsikan di sini adalah seperti berikut :-

1) Kontraktor yang baru dilantik - Mywa Synergy Sdn Bhd
2) Tarikh Milik Tapak - 29/4/2013
3) Tarikh Akhir Kontrak - 28/10/2013 (dengan CFO)
4) Tempoh kontrak - 6 bulan
5) Nilai Kontrak - RM1,005,702.48
6) Pihak kontraktor membentangkan jadual aktiviti yang sedang berjalan di tapak projek sekarang. Setakat hari ini 16% kerja2 sudah disiapkan bermula 1 May yang lalu. Seramai 14 orang pekerja bekerja di site dan akan ditambah lagi mengikut kesesuaian semasa.
7) Antara kerja2 tersebut adalah membabitkan penggantian kabel2 yang telah hilang dicuri, pemasangan bumbung dan kerja2 pembersihan di tapak projek.
8) Semua tiles dan tandas2 yang pecah akan diganti baru seperti yg terdapat di dalam spesifikasi S&P
9) Pihak kontraktor baru selesai melantik konsultan dan akan memulakan rundingan dengan MPS, Syabas dan pihak2 lain yang terlibat.
10) Kebanyakan isu2 sudah diselesaikan cuma isu yang melibatkan cukai taksiran, dan pemasangan meter yang terbalik di setiap rumah masih belum dapat diputuskan sehingga mesyuarat bersama MPS dan Syabas diadakan.

Akhir sekali saya ingin mengingatkan para pembeli semua supaya mengemaskini maklumat peribadi seperti alamat rumah dan juga contact no supaya senang dihubungi.  Maklumat ini sangat penting utk kegunaan pihak Liquidator menganggarkan kos2 yang terlibat dalam projek ini bersama pihak bank. Saya harap mendapat kerjasaama dari semua. Saya dah kepilkan borang2 yang perlu diisi di keluaran lepas. Boleh email saya di zetahalim@yahoo.com atau call no 019-2220667.

Sekian terima kasih.